KPS 4013
FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
UNIT 13 : ISU-ISU FALSAFAH DAN DASAR PENDIDIKAN MALAYSIA
13.3 ISU PENDIDIKAN DAN CABARAN
PENGENALAN
-
Usaha mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam sebuah negara berbilang agama dan budaya.
-
Menekankan perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman (inklusif).
-
Pendidikan adalah bersifat futuristik dalam menghadapi masa depan yang penuh saingan.
CABARAN MEWUJUDKAN SATU SISTEM SOSIAL
-
Agama dan kebudayaan
-
Dasar penjajah British
-
Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan.
-
Amalan ekonomi yang berlainan.
-
Perbezaan politik ikut bangsa, kaum dan etnik
Halangan Integrasi Nasional
-
Perbezaan budaya dan agama.
-
Dasar Penjajahan.
-
Sistem Pendidikan.
-
Amalan Ekonomi.
-
Perbezaan Politik
Pupuk Integrasi Nasional Melalui Dasar Pelajaran
-
Sistem Pendidikan Kebangsaan.
-
Penerapan nilai matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan.
-
Konsep Sekolah Wawasan.
-
Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan.
-
Menggunakan sukatan pelajaran, buku teks dan peperiksaan
STRATEGI PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1
2
PROJEK SEKOLAH NET
Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.
3
PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH
-
Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.
-
Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
-
Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.
-
Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.
-
Penempatan pelajar dalam kelas.
-
Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.
-
Pembinaan jadual waktu guru.
-
Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.
-
Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.
KEPERIBADIAN GURU
Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contohan pelajar. Guru juga perlu membawa watak orang yang taat kepada amalan agama.
BUDAYA SEKOLAH
Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu, kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen-elemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek tersebut merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara bersungguh-sungguh oleh pihak pentadbiran sekolah.
AKTIVITI KOKURIKULUM
​Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolong menolong, semangat cinta akan negara dan berdisiplin.
KESIMPULAN
Cabaran globalisasi dalam perkembangan profesionalisme keguruan ialah dapat meningkatkan kualiti guru sama ada dari segi kelayakan akademik, kepakaran dalam pengajaran, kualiti professional dan kualiti personal atau kepimpinan guru dalam organisasi sekolah dan masyarakat, meluaskan pengetahuan guru bersifat global, kemahiran ICT dan interaksi global membolehkan guru meluaskan konsep pembelajaran mengatasi halangan bilik darjah dan birokrasi sekolah, meluaskan peluang kepada guru perkhidmatan dan guru-guru dalam latihan dari segi pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya.