KPS 4013
FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
UNIT 13 : ISU-ISU FALSAFAH DAN DASAR PENDIDIKAN MALAYSIA
13.2 ISU DASAR DAN SISTEM PENDIDIKAN
PASTIKAN PENDIDIKAN KITA BENTUK RAKYAT BERAKHLAK
Masalah buli yang semakin berleluasa sama ada di sekolah ataupun institusi pendidikan tinggi sejak dahulu lagi telah menghantui guru, ibu bapa dan masyarakat.
John Dewey menjelaskan pandangan Progressivisme di Amerika Syarikat adalah pendidikan merupakan penghidupan dan bukan persediaan untuk penghidupan.
Pandangan ini menjelaskan bahawa sekolah patut dilaksanakan dan mengamalkan kehidupan persekitaran mirip sebuah masyarakat. Ahli yang melakukan kesalahan akan ditangkap dan dibicarakan.
Perbicaraan dilakukan di mahkamah sekolah dengan berlandaskan bukti dan hujah serta diterima oleh semua pihak.
SYOR WUJUD SATU SEKOLAH SATU ALIRAN TANPA ABAI BAHASA LAIN
Kerajaan perlu mewujudkan sekolah kebangsaan satu aliran menggunakan bahasa Malaysia sebagai pengantar tanpa mengabaikan bahasa Cina, Tamil, dan etnik lain dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
Ketua kluster sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, berkata untuk melaksanakan sistem itu, satu model baharu persekolahan perlu dirangka mulai sekarang.
Beliau mengesyorkan sekolah berkenaan menggunakan sistem pendidikan berteraskan akademik, etnik dan spritual bagi mengelakkan wujud pengasingan etnik pada usia seawal tujuh tahun.
AJAR ADAB
Akhlak dan adab telah diajar di peringkat sekolah lagi.
-
Bukan beragama Islam - Pendidikan Moral
-
Beragama Islam-adab dalam Pendidikan Islam
Masyarakat dan majikan memerlukan generasi yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam menghayati nilai-nilai dan budi pekerti yang tinggi
Pendidikan hanya berjaya memberi pengetahuan dan kemahiran sahaja disebabkan kandungan peperiksaan yang banyak bertumpu kepada ujian pengetahuan dan kemahiran sahaja
Dasar Pendidikan Mantap Tidak Perlu Rombakan
Sistem pendidikan negara menjadi tumpuan pelbagai pihak yang menggesa pemerintahan baharu selepas Pilihan Raya Ke-14, dengan menyatakan sistem yang sedia ada banyak kekurangan. Namun, saranan yang diberikan sudah terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Sistem pendidikan telah berada di landasan yang betul pada piawaian dunia dan dibentuk mengikut McKinsey iaitu syarikat perunding pendidikan ulung di dunia.
Dasar pendidikan sudah mantap dan hanya perlu ditambah baik sahaja mengikut perkembangan semasa seperti wujudnya Revolusi Perindustrian 4.0 dan Pendidikan
PEMBANGUNAN ANAK BANGSA
​
Semua dasar dalam sistem pendidikan kita dilandaskan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menitikberatkan pembangunan anak bangsa secara menyeluruh bukan bersifat akademik sahaja
BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu perlu digunakan sepenuhnya dalam semua kegiatan tinggi termasuklah dalam bidang pendidikan
MELAHIRKAN INSAN MAHIR PENUHI KEPERLUAN NEGARA
Kurikulum sekolah dikemaskini secara berkala supaya kemahiran yang diterapkan kepada pelajar sesuai dengan perubahan dan keperluan semasa
GURU MALAYSIA GURU PALING BERDEDIKASI
Guru paling menyukai pekerjaan mereka dan merupakan golongan yang paling berdedikasi bagi memastikan pelajar mencapai kecemerlangan dalam pelajaran